Saturday, February 19, 2011


KEBAHAGIAN
Kehidupan yang ku lalui tak lah seindah yang ku impikan....
Walaupun telah banyak yang ku korban demi kebahagian , namun kebahagian semakin jauh meninggalkankku....Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang perluku lalui..apa lagi yang belumku lakukan ....untuk mencipta kebahagian...Semakin aku tercari-cari cahaya ,  jalan yang gelap ku temui....
apakah kebahagian masih ada untukku....entahlah...


 
KEBAHAGIAN
Izinkan aku meluahkan keperitan ini sekadar mengubat hati yang terluka ...
Perjalanan hidup penuh ranjau dan duri ....walau hanya untuk sementara cuma,  namun amat pedih dan pilu rasanya, terlalu pahit untukku telan....terlalu berat nakku menanggungnya...kekadang tewas jua akhirnya..
Dalam senyuman hati ini merintih kepiluan..apakah masih ada kebahagian buatku di sisa usia yang kian malap ...atau mungkinkah kebahagian menungguku di syurga...
diri ibarat lilin yang membakar diri sendiri...terlalai seketika rupanya aku masih punya ratu hati...
Hai anak-anak ku kau lah segalanya buatku...tanpamu entah bagaimana lah aku tika ini..kernamu aku masih dapat bangun kembali setelah rebah dalam kesakitan...kau menguatkan diri ini dengan semangat yang kuat untuk tidak terus hidup dalam ketewasan...Harapan mengunung agar suatu haru nanti anak-anakku akan ke menara gading membawa kejayaan yang cemerlang....disamping itu kumpullah juga bekalan untuk keakhirat.. Kaulah lah harapanku...wahai anak-anakku...

Saturday, February 12, 2011

HATI

Anggota paling mulia dalam tubuh adalah HATI.
Orang yang mengenali dirinya pasti mengenali Tuhannya.
Kebanyakan orang ramai jahil mengenal penyakit-penyakit yang boleh meracuni hatinya lantas menyebabkan ia tidak dapat mengenal diri sendiri.


Allah memuji orang yang mengkaji sebab-sebab yang boleh meracuni hatinya dengan tujuan membersihkannya.


SALURAN YANG MEMUDAHKAN SYAITAN MENGUASAI HATI


1.Pintu Hasad Dengki dan Rakus
    Rakus pada harta benda atau pangkat.
    Kerakusan membutakan mata hati dan membisukannya,
    seterusnya menutup cahaya mata hatinya.


2. Pintu Marah, Syahwat dan Boros
    Sifat marah menghilangkan kewarasan akal.
    Boros pula menjerumuskan kita kelembah kerugian 
    di dunia dan akhirat. Boros berkait rapat dengan tamak.
    Islam mengharamkan pemborosan kerana ia adalah 
    sebahagian daripada aktiviti makhluk yang di laknat oleh 
    Allah.


3. Suka Perhiasan Berlebihan pada Alat Perumahan dan 
    Pakaian
    Menyambung rumah, menghiasi bumbung dan peralatan 
    perumahan serta pakaian yang mahal-mahal.
    Lupa pada kewajipan yang lebih besar iaitu membantu 
    fakir miskin serta meningkatkan ekonomi orang Islam.

" Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling panjang umur dan paling banyak amalannya. "

Inilah rahsia kenapa Rasulullah SAW menyarankan kepada
umatnya supaya bersikap zuhud dalam menghadapi hidup ini. 

   Matlamatnya: 
~ Menanamkan sikap cinta kepada agama Allah dan 
   syariatnya.
   Bersedia untuk berkorban kerananya dan lebih 
   mengutamakan kepentingan agama dan umat Islam dari
   kepentingan diri sendiri.   
~ Mengajar hidup sederhana di dunia, supaya tidak di 
   hanyutkan oleh dunia dan perhiasannya dan lupa             
   memberi keutamaan kepada menegakkan syariat Allah 
   SWT.


4. Pintu Kekenyangan
    Jangan memakan sebarang makanan kecuali apabila 
    benar-benar lapar dan jangan memakannya sehingga 
    kenyang.


5. Gelojoh untuk mendapatkan sesuatu dari manusia
    Berlebih-lebihan memuji seseorang, walau apa yang
    di puji tidak ada padanya.
    Bermuka-muka.


6. Pintu Tergesa-gesa
    Tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tanpa memikirkan 
    risiko.

7.Kecintaan kepada Harta
   Kasihkan harta melebihi had yang di benarkan berjaya 
   menguasai hati sanubari seseorang.
   Hati bimbang kalau-kalau hartanya terbakar, hilang dan
   dicuri orang.
   Bimbang ditimpa kemiskinan.
   Mereka berhujjah bahawa harta tersebut mereka yang 
   kumpul. Jika hendak mendapatkan harta sebagaimana
   yang di perolehi hendaklah berusaha keras sepertinya. 


bersambung...

Thursday, February 10, 2011

PEDOMAN HIDUP

             Kita kena ada matlamat dalam meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini.
Jika kita hendak menjadi orang yang hebat, hendaknya hebat juga di akhirat. Kedua-duanya biarlah seiring dan seimbang.
 Walau dimana kita berada sentiasalah mengingati Allah. Ta'at mengerjakan segala suruhannya.
InsyAllah akan selamat di dunia dan sejahtera di akhirat.
             
             Jika kita tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sebaik-baik umat ialah umat yang bertaubat setelah melakukan dosa. Selalulah memuhasabah diri agar kita dapat memperbaiki kesalahan lalu. Dosa adalah penyakit, dan ubatnya ialah istighfar.




Akal senipis rambut 
       Tebalkan dengan ilmu


Hati serapuh kaca
       Kuatkan dengan iman


 Perasaannya selembut  sutera
            Hasillah ia dengan akhlak

Sunday, February 6, 2011

BANJIR PADA 1 FEB 2011

JALAN LAMA YONG PENG
(  RUMAH EMAK 3.2.11 )
Banjir telah melanda kampung halamanku pada 1 feb 2011. Emakku telah di pindahkan ke Pusat Pemindahan Sek Agama Sri Bertam. Setelah 3 hari di sana emak mula nak balik ke rumah.Pada 3/02/11 aku menziarahi emak di sana. Dalam perjalanan kereta berasap. Aduh...masallah ....Berhenti di tepi jalan. Bahaya tu...Rupanye hose pecah dalam 1 inci lebarnya..Habis..habis.. perjalanan jauh lagi. Baru sampai ke  Senawang aja. Balut dengan tape dan jalan perlahan-lahan. Akhirnya sampai juga ke Yong Peng pada pukul 12.00 tgh.

Tuesday, February 1, 2011