Anggota paling mulia dalam tubuh adalah HATI.
Orang yang mengenali dirinya pasti mengenali Tuhannya.
Kebanyakan orang ramai jahil mengenal penyakit-penyakit yang boleh meracuni hatinya lantas menyebabkan ia tidak dapat mengenal diri sendiri.
Allah memuji orang yang mengkaji sebab-sebab yang boleh meracuni hatinya dengan tujuan membersihkannya.
SALURAN YANG MEMUDAHKAN SYAITAN MENGUASAI HATI
1.Pintu Hasad Dengki dan Rakus
Rakus pada harta benda atau pangkat.
Kerakusan membutakan mata hati dan membisukannya,
seterusnya menutup cahaya mata hatinya.
2. Pintu Marah, Syahwat dan Boros
Sifat marah menghilangkan kewarasan akal.
Boros pula menjerumuskan kita kelembah kerugian
di dunia dan akhirat. Boros berkait rapat dengan tamak.
Islam mengharamkan pemborosan kerana ia adalah
sebahagian daripada aktiviti makhluk yang di laknat oleh
Allah.
3. Suka Perhiasan Berlebihan pada Alat Perumahan dan
Pakaian
Menyambung rumah, menghiasi bumbung dan peralatan
perumahan serta pakaian yang mahal-mahal.
Lupa pada kewajipan yang lebih besar iaitu membantu
fakir miskin serta meningkatkan ekonomi orang Islam.
" Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling panjang umur dan paling banyak amalannya. "
Inilah rahsia kenapa Rasulullah SAW menyarankan kepada
umatnya supaya bersikap zuhud dalam menghadapi hidup ini.
Matlamatnya:
~ Menanamkan sikap cinta kepada agama Allah dan
syariatnya.
Bersedia untuk berkorban kerananya dan lebih
mengutamakan kepentingan agama dan umat Islam dari
kepentingan diri sendiri.
~ Mengajar hidup sederhana di dunia, supaya tidak di
hanyutkan oleh dunia dan perhiasannya dan lupa
memberi keutamaan kepada menegakkan syariat Allah
SWT.
4. Pintu Kekenyangan
Jangan memakan sebarang makanan kecuali apabila
benar-benar lapar dan jangan memakannya sehingga
kenyang.
5. Gelojoh untuk mendapatkan sesuatu dari manusia
Berlebih-lebihan memuji seseorang, walau apa yang
di puji tidak ada padanya.
Bermuka-muka.
6. Pintu Tergesa-gesa
Tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tanpa memikirkan
risiko.
7.Kecintaan kepada Harta
Kasihkan harta melebihi had yang di benarkan berjaya
menguasai hati sanubari seseorang.
Hati bimbang kalau-kalau hartanya terbakar, hilang dan
dicuri orang.
Bimbang ditimpa kemiskinan.
Mereka berhujjah bahawa harta tersebut mereka yang
kumpul. Jika hendak mendapatkan harta sebagaimana
yang di perolehi hendaklah berusaha keras sepertinya.
bersambung...