Wednesday, September 3, 2014

Dugaanmu

Sudah 11 bulan aku x balik umh yg ku tinggalkn sejak 31oct 2013..betapa aku rindu utk kembali..
Berulang alik ke Mahkamah Syariah sungguh mengeciwakn sekali...namun aku redho dgn dugaanmu sesungguhnya kesabaran akan menghadiahkn sebuah kejayaan yg kian menghampiri..InsyAllah..

Saturday, May 24, 2014

Aku semakin tabah dan cekal menghadapi hari-hari sukar..hari-hari penuh kesedihan...
kesusahan, keperitan, ketakutan...dalam kepahitan ini rupanya terselit kemanisan..
Dengan kesabaran  dan keredhaan ini Allah hadiahkn sesuatu tanpa ku sedari..
Kini kesihatan anakku semakin pulih setelah mengalami tb pada 21 March 2014.

  • Inilah hadiah yg Allah berikn padaku...berkat doa seorang ibu ...Syukur padamu Ya Allah..

Sunday, May 18, 2014

TAHNIAH BUATMU SAYANG !!!!!!!

Syukur padaMu Ya Allah kerana dalam kesusahan ini, dalam keperitan ini...rupanya kau hadiahkan sebuah kebahagian & kejayaan buat anakku...Tahniah ira !!!!!..moga kau terus cekal menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini demi mencapai kejayaan seterusnya....


@pizza hut sek 7 S.Alam
Congratulation!!!!!!

Saturday, June 29, 2013

Tergamak sungguh kau terus dan terus melukakan hati ini...tanpa ada perasaan kasihan terhadap orang yang selama ini sanggup bersusah payah hanya keranamu...hidup penuh kepuraan..manis hanya dibibir rupanya racun yg kau berikan..sikit demi sedikit memakan hati yg hancur ini...apakah aku masih bisa berdiri teguh melawan dan terus melawan demi anak-anakku...apabila peluang ku berikan kau pulak merayu untuk kembali kepangkuanku ...sayang kononya...apakah masih ada kepercayaan terhadapmu setelah sekian lama kau curang dibelakangku...maaf demi maafku berikan terhadapmu namun kau masih mengulangi benda yg sama..walaupon kau sanggup bersumpah ..bertaubat..hanya dibibir...bukan dihati...diam diam kau cari betina lagi...aku ni apa.......

Sunday, March 17, 2013

MUHASABAH DIRI

Ambilllah masa setiap hari untuk muhasabah diri...sesungguhnya hidup ini hanyalah satu persinggahan...kutiplah seberapa banyak amalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Usahlah lalai dengan nikmat dunia yang akan melalaikan kita..Perbaikilah diri mana yang kurang..dan teruskan perjuangan dan sentiasa bersyukur dengan kurnian Allah pada kita.

MUHASABAH DIRI

Ambilllah masa setiap hari untuk muhasabah diri...sesungguhnya hidup ini hanyalah satu persinggahan...kutiplah seberapa banyak amalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Usahlah lalai dengan nikmat dunia yang akan melalaikan kita..Perbaikilah diri mana yang kurang..dan teruskan perjuangan dan sentiasa bersyukur dengan kurnian Allah pada kita.